Sedang asyik melayari laman muka buka yang menjadi wadah kegilaan ramai manusia di abad ini, aku begitu tertarik pada "sebuah" lakaran hasil tangan siapa pun, aku x pasti. Tapi yg pastinya lakaran tersebut betul2 menggambarkan aliran hidup kita sbg manusia di dunia ini. Terdapat beberapa fasa yang perlu kita lalui sepanjang proses mengenali hidup ini sehinggalah kita kembali kpd-Nya. Pasti ramai di antara kita yg lupa ataupun betul2 x tahu wujudnya perjanjian di antara kita dgn Pencipta kita, iaitu Allah S.W.T. Perjanjian di mana, kita sbg hamba-Nya mengakui bahawa Allah S.W.T adalah satu2nya Tuhan yg seharusnya kita sembah dan tiada Tuhan melainkan Dia. Sedarkah kita, sbg hamba Allah, fasa paling PENTING di antara fasa-fasa yang kita lalui dalam peta hidup di atas adalah ketika kita berada di ALAM DUNIA. Allah S.W.T tidak menciptakan sesuatu secara sia-sia. Begitu jugalah halnya dalam penciptaan manusia di atas muka bumi ini. Seorang rakan pernah berkata pada saya, bahawa tujuan penciptaan manusia di bumi ini mempunyai maksud yang sangat besar...iaitu tugas manusia sbg KHALIFAH ALLAH. Dari pelaksanaan tugas-tugas tersebutlah yang akan menentukan kedudukan kita di akhirat nanti. Saya pernah terbaca buku FADHILAT AMAL, di mana dalam salah satu fadhilat menyatakan bahawa Allah S.W.T menyarankan untuk kita membahagikan masa kita kpd 3 bahagian, iaitu: 1/3 utk kita beribadat kpd Allah, 1/3 utk kita menghisab dr sndr (menginsafi diri) dan 1/3 lg utk memenuhi keperluan hidup yg halal (mkn,minum, mencari nafkah etc). Fikirkanlah sejenak sejauh mana kita telah membahagikn masa-masa kita sepanjang hidup kita? Banyak masa kita terbuang utk perkara-perkara yg tidak berfaedah. Banyak masa-masa kita dipenuhi dengan perkara-perkara keduniaan yang bersifat SEMENTARA hingga lupa pada perkara-perkara akhirat yang lebih bersifat KEKAL. Jadikanlah ini sebagai peringatan bersama, ingatkan saya ketika saya sedang leka....