Saturday, May 14, 2011

bila aku marah!!!!


Penyejuk Marah
Marah merupakan tabiat atau sifat semula jadi yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada setiap insan ciptaannya. Marah boleh jadi sifat tercela dan boleh juga menjadi suatu sifat yang terpuji. Marah dikategorikan sebagai satu sifat yang terpuji apabila perasaan marah itu hadir apabila agama Islam yang kita junjung setinggi langit dihina dan diperlekehkan oleh orang yang tidak sepatutnya, ini akan melahirkan semangat membela dan mempertahankan agama kita. ISLAM. Marah kategori sifat tercela pula adalah marah yang hadir dalam diri kita selain daripada hal-hal yang menyentuh kepada sensiviti keagamaan. Sebagai contoh, marah yang hadir dalam diri setiap insan apabila peribadinya disakiti oleh orang lain. Namun, sekiranya perasaan marah yang hadir itu mampu dibendung dan dikawal dengan cara yang baik, ia adalah salah satu sifat terpuji yang dimiliki oleh orang-orang yang mengaku bahawa dia beriman kepada Allah S.W.T.

Dalam konteks pandangan ISLAM, orang yang dikatakan gagah perkasa bukanlah orang yang mampu mengalahkan musuh, tetapi gagah perkasa di sini disimbolikkan dengan orang yang mampu mengawal dirinya ketika perasaan marah sedang membuak-buak di dadanya. Dalam ISLAM, terdapat beberapa kaedah yang digariskan kepada setiap umatnya untuk merawat amarah yang sedang menggelegak di jiwa dan sanubari, antaranya ialah:
·         Segera mengingati Allah S.W.T
Apabila perasaan marah wujud ketika perasaan kita disakiti, bersegeralah untuk mengingati Allah dengan menyedari keutamaan menahan marah. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, daripada Mu’az bin Anas r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w berfirman: “Sesiapa yang menahan marah padahal dia boleh melepaskannya, maka dia akan dipanggil Allah pada hari kiamat bersama para pemimpin makhluk sehingga dipilihkan untuknya bidadari mana yang akan dikahwinkan dengannya mengikut kehendaknya.

·         Berlindung kepada Allah S.W.T
Kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat marah kerana marah itu berasal daripada syaitan. Diriwayatkan daripada Sulaiman bin Surad r.a. yang berkata: 2 orang lelaki sedang mencaci maki di hadapan Rasulullah s.a.w. Salah seorang daripada mereka matanya merah dan urat darah di lehernya timbul. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang maksudnya): “Sesungguhnya aku tau suatu kalimah yang apabila diucapkan, maka apa yang dideritai itu akan hilang, iaitu ”…….(Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang direjam).

·         Wuduk
Syaitan akan sentiasa berusaha menjadikan kita marah kerana syaitan dengan mudah akan dapat menggoda dan memesongkan kita pada ketika perasaan marah menguasai diri. Ini kerana, ketika ini, pertimbangan yang sihat dan waras dalam diri kita hilang sehingga tidak mampu untuk berfikir dengan waras. Ketika inilah syaitan akan semakin asyik membisikkan nasihat-nasihat yang bercanggah dengan agama kita. Semakin kita galak melayan amarah kita semakin riang syaitan-syaitan ini bersorak atas kemenangan mereka menyesatkan umat Nabi Muhammad s.a.w. Jika seseorang mampu melawan bisikan syaitan ini dengan mengawal dirinya daripada melepaskan marah, bererti dia telah berjaya melawan syaitan yang bakal mengheretnya ke jurang kebinasaan dan penyesalan. Athiyyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya kemarahan itu berpunca daripada syaitan. Syaitan pula dijadikan daripada api. Sesungguhnya api hanya dipadamkan dengan air. Oleh sebab itu, apabila seseorang antara kamu naik marah, maka hendaklah dia berwuduk.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

·         Diam
Sekiranya anda sedang marah,  sebaiknya anda berdiam diri. Sab da Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad yang bermaksud: “Jika seseotang daripada kamu marah, maka hendaklah dia berdiam diri”

·         Duduk & berbaring
Rasulullah pernah bersabda “Jika salah seorang daripada kamu marah, sedangkan ia ketika itu dalam kedudukan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika amarahnya dapat hilang dengan duduk (cukuplah ia duduk). Jika tidak, hendaklah ia berbaring.”

Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment